Tuesday, October 26, 2010

15 KELEBIHAN WANITA YG TIADA PADA LELAKI

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Sunday, October 24, 2010

Khasiat Teh





1) Teh membantu menghidrat tubuh secara keseluruhan dan penting utk mengekalkan kulit yg sihat berseri.

2) Minum secawan teh kosong setiap dua hingga tiga jam sehari membantu mengekalkan tahap kecerdasan sambil mengurangkan rasa lesu.


3) Minum teh hijau(tanpa susu atau gula),membantu membakar lebih kalori disebabkan kafein dalam teh meningkatkan kadar metabolisme.

4) Teh boleh digunakan utk menjadikan rambut yg kering bersinar secara semulajadi.Hanya gunakan satu liter air teh kosong suam (tidak ditambah gula) sebagai bilasan akhir selepas anda mensyampu rambut seperti biasa.

5) Teh boleh membantu mengurangkan bau kaki yg tidak menyenangkan dgn merendam kaki setiap hari dalam teh pekat selama 20 minit.

6) Sisa daun teh hijau kering boleh dibakar perlahan-lahan spt setanggi utk mengharumkan rumah anda atau utk menghalau nyamuk.Hanya letakkan daun teh kering dalam tin dan bakar.

Thursday, October 14, 2010




kamera yg aku idam kn..tapi ta ar cmni,aku pown ta pna survey kamera digital cmni..tp aku juz mnat na snap pic kt mne2 n ble2 mse ..

Thursday, October 7, 2010

KURSUS KAWEN


huhuhu . .semalam msj dgn zool ctew pcl kursus kawen,
die na ambik dgn aq skali..hehe..
tapi bkn cng na pegi ambik pown ,
kne gtaw mak gak ,zool pown ta jmpe mak n acu lg ,
cmne na pegi?
so.....sem dpn kne swuh die dtg uma gak jmpe mak,
moga mak merestui hubungan kami..
camne n KAWEN ?! ,well .....
ta pya na tergesa2 ,sabar dlu ,
selagi mampu jaga diri masing2 ,
ta pya na rush..ade jodoh insyaallah kami kawen..
semoga kami dimurahkan rezeki utk kawen awal nnt....
ermmmm....cadang2 pas stdy na merancang je dlu ,then bwu pikir duet n masa...


Tuesday, October 5, 2010

PETUA KEMPISKAN PERUT

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS…sekiranya buncit ada anak….mintak maaflah

ADAB MINUM

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu
yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air
sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran
madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak
dan cintaku kepada air sejuk”

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai
khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk
penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah ” Bismillah”

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri

8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis
menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit

9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.